Monday, February 14, 2011

Saat Pemergianmu


Sesungguhnya kami merinduimu..Ya Rasullullah...

Dikala kesakitan dan derita yang kau rasa, disaat menunggu rohmu diangkat untuk bertemu Allah yang esa, engkau masih tersenyum menyembunyikan derita yang amat perit yang hanya Allah s.w.t dan engkau sahaja yang tahu keperitannya. Engkau senyum..dan terus tersenyum bagi menenteramkan insan-insan yang menyayangimu dan berada disampingmu disaat engkau berdepan dengan siratul maut..Dan juga insan-insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

Namun hakikatnya, dipangkuan isterimu Humaira sesungguhnya tidak tertanggung lagi derita. Tanganmu dicelupkan dibejana air dan kau sapukan dimuka bagi mengurangkan pedih lalu beralun-alunlah zikir menutur kasih pada umat dan akhirat..

Sesungguhnya, telah tibalah waktu ajal bertamu. Linangan air mata penuh syahdu dan sayu iringi pemergianmu Ya Rasullallah..Begitu penuh ketenangan jiwamu berlalu. Engkau pergi selamanya dan meninggalkan sunnahmu buat panduan ummatmu. Linangan air mata insan yang tinggal terus-terusan mengalir, begitu sukar untuk menerima pemergianmu. Bahkan begitu juga sukar untuk Umar mempercaya. Tetapi kerana iman dan takwa, mereka merelakanya jua kerana percaya bahawa manusia akan mati juga akhirnya.

Tidak tertahan, tidak tertanggung, tidak terlafaz kata mengungkap hiba. Bumi bagaikan kelam. Gerhanalah seluruh semesta. Namun walaupun engkau telah tiada, bersemarak cintamu dan menyinari alam semesta selamanya.

Ya Rasullullah...
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi...
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu.......





No comments:

Post a Comment