Tuesday, May 17, 2011

AYAH

Anak-anak sering salah tafsir akan teguran seorang ayah yang dianggap tidak pedulikan perasaan anak-anak..bunyinya memang keras..menyakitkan hati..terasa bagaikan dihiris-hiris hati ini dengan pisau..benci dan akhirnya kita meningggikan suara membuatkannya tersentak...tidak sedarkah kita pengorbanannya selama ini lebih memeritkan, memenatkan dan kadang-kala hampir berputus asa dalam membesarkan kita..namun lihat sekarang kita sudah berjaya..dan kebencian inikah yang kita berikan sebagai balasan??
Setegas mana pun seorang ayah, semuanya adalah untuk kebaikan dan kejayaan anak-anak..marahnya seorang ayah bukanlah bermakna dia benci tetapi itulah cara dia memberikan kasih-sayang..itulah seorang ayah..dia tidak akan menunjukkan kasih sayangnya..dan disitulah anak-anak perlu renungkan dan fahami..
Semasa kita kecil kita ditimang-timang bagai minyak yang penuh..kemudian bila kita sudah semakin dewasa ketegasan ayah semakin bertambah..apakah maksudnya..adakah dia benci akan anak-anaknya..tidak..yang sebenarnya penat lelahnya dalam mencari rezeki tidak begitu mendugakan baginya..dugaan dan cabaran yang sebenar baginya adalah untuk memastikan anak-anaknya yang sudah dewasa, waras akal fikiran dan tahu yang mana baik dan buruk, tidak terpesong ke arah lorong hitam..
Janganlah kita hendak menyalahkan takdir apabila segala pekerjaan yang kita buat tidak menjadi..sentiasa menemui jalan buntu..kesusahan sentiasa menimpa diri..dan akhirnya setelah kita berkeluarga janganlah anak-anak kita menjadi keturunan yang tidak diredhai Allah s.w.t..
Peluklah dengan erat, ciumlah pipinya dan minta maaflah kepadanya..dan insyallah ketika itu kita akan merasai begitu indah aura kasih sayangnya seorang ayah...Sekian.......

Wednesday, February 16, 2011

Bila Waktu Terhenti

Sudah terlalu lama kita terlalai..Terlena dengan dodoian dunia yang sudah pasti tidak akan kekal lama..Segala yang ada didunia dikejar, direbut, berlumba-lumba kita untuk mendapatkannya..Walaupun sanggup mengkhianati persaudaraan hinggakan bumi merah dibanjiri darah-darah mereka yang tidak berdosa..Kita mengutuk-ngutuk Israel yang sentiasa dahagakan darah Palestin, namun kita tidak sedar bahawa kita juga kini semakin hari semakin menyerupai mereka..

Jangan sesekali percaya bahawa mereka yang elok paras rupa dan juga mereka yang baik budi pekertinya adalah penghuni syurga..Lihatlah apakah yang terjadi kini..Sudah berapa banyak anak luar nikah yang dilahirkan, sudah berapa banyak pula yang digugurkan..Sungguh amat memilukan..Apakah dosanya? Atas perbuatan hina lelaki dan wanita itu, dia tidak langsung diberi peluang untuk melihat dunia..Kesabaran dan harapan untuk melihat dunia hancur begitu sahaja..Belum pun sempat untuk merasai kehidupan dunia dia kini sudah berada di liang lahad..Walaubagaimanapun, jika dia hidup syukur alhamdullillah dan jika tidak juga syukur alhamdullillah..Jika dia hidup insyallah dia akan menjadi hamba yang taat kepada Allah dunia akhirat..Jika dia tiada kesempatan didunia alhamdullillah sesungguhnya dia terlepas dari kekejaman dunia dan Allah sentiasa memeliharanya dan meletakkan bala dan balasan ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu..

Anak yang soleh dan solehah adalah anak yang sentiasa menghormati dan taat kepada kedua orang tuanya..Bagi yang tidak berkesempatan mengenali dan merasai kasih dan sayang ibu bapanya, untuk menjadi anak yang soleh-solehah hanya dengan berdoa dan sedekah Al-Fatihah pun sudah mencukupi..Namun kata-kata itu kini tidak lagi bererti pada mereka yang sanggup membunuh ibu bapanya sendiri..Hanya kerana mengejar kekayaan dunia, hanya kerana perhubungan yang tidak direstui, hanya kerana kemiskinan dan kepayahan, dan hanya kerana bebelan orang tua yang mengambil berat dan kasihkan anaknya.. Jika ibu bapa itu bukanlah antara yang terbaik didunia, bukanlah antara hamba Allah yang taat, ianya bukanlah kuasa kita untuk menghukumnya..Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak ke atas segalanya..Sesungguhnya baik atau buruk kedua orang tua itu, mereka tetap ibu bapa kita..

Apakah yang telah terjadi didunia ini kini? Yang muda, yang sihat, yang kaya, yang lapang, dan yang masih hidup..Masing-masing mementingkan diri sendiri dalam mengejar dunia..Seharusnya ketika kita muda, sihat, kaya, lapang, kita hendaklah menyediakan dan memperbaiki diri kita untuk akhirat nanti selagi kita diizin Allah untuk hidup..

Bila waktu telah memanggil jika engkau memohon kepada Allah untuk melanjutkan sedikit lagi waktu untuk engkau beramal tiadalah gunanya kerana setelah waktunya terhenti tiada lagi penyesalan yang ada hanyalah berapa banyak iman dan taqwa engkau semasa didunia........

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran, QS 103.1


Monday, February 14, 2011

Saat Pemergianmu


Sesungguhnya kami merinduimu..Ya Rasullullah...

Dikala kesakitan dan derita yang kau rasa, disaat menunggu rohmu diangkat untuk bertemu Allah yang esa, engkau masih tersenyum menyembunyikan derita yang amat perit yang hanya Allah s.w.t dan engkau sahaja yang tahu keperitannya. Engkau senyum..dan terus tersenyum bagi menenteramkan insan-insan yang menyayangimu dan berada disampingmu disaat engkau berdepan dengan siratul maut..Dan juga insan-insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraanmu..

Namun hakikatnya, dipangkuan isterimu Humaira sesungguhnya tidak tertanggung lagi derita. Tanganmu dicelupkan dibejana air dan kau sapukan dimuka bagi mengurangkan pedih lalu beralun-alunlah zikir menutur kasih pada umat dan akhirat..

Sesungguhnya, telah tibalah waktu ajal bertamu. Linangan air mata penuh syahdu dan sayu iringi pemergianmu Ya Rasullallah..Begitu penuh ketenangan jiwamu berlalu. Engkau pergi selamanya dan meninggalkan sunnahmu buat panduan ummatmu. Linangan air mata insan yang tinggal terus-terusan mengalir, begitu sukar untuk menerima pemergianmu. Bahkan begitu juga sukar untuk Umar mempercaya. Tetapi kerana iman dan takwa, mereka merelakanya jua kerana percaya bahawa manusia akan mati juga akhirnya.

Tidak tertahan, tidak tertanggung, tidak terlafaz kata mengungkap hiba. Bumi bagaikan kelam. Gerhanalah seluruh semesta. Namun walaupun engkau telah tiada, bersemarak cintamu dan menyinari alam semesta selamanya.

Ya Rasullullah...
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi...
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu.......





Wednesday, January 26, 2011

tidak pandai bukan penghalang 2


mak abah di kampung kini smakin lanjut usia.. mereka juga perlukan duit untuk ubat dan minyak urut..hati yang meronta2 nak sambung belajar aku tahankan juga..aku rasakan sekarang adalah masa untuk aku mencari duit..bukan lagi mengharap dari duit mak abah..tak nak lagi bebankan mereka..biar lah dengan usia sekarang mereka menikmati kehidupan mereka yang alamdullillah kini sudah senang..belajar...hmmm...kita boleh saja bljr dmana2 walaupun bukan di universiti, kolej mahupun sekolah..aku meyakinkan diri bahawa pengalaman itu lebih penting dari belajar..aku akan ambil smua ilmu ditempat kerja aku..aku akan terus berusaha sehingga aku sudah layak untuk mendapat gaji yang jauh lebih tinggi dari mereka yang mempunyai degree..semua tu tak mustahil bagi aku..kini aku hanya perlu bersabar dengan perangai majikan yang memilih kasih dan tidak bertimbang rasa dengan bangsa lain..semua tu aku pandang sebelah mata saja..memang die kedekut nak bagi gaji tinggi..memang kedekut nak bg cuti...dan hanya pikir untung setiap hari..tp aku respect dengan dia kerana tidak kedekut memberi ilmu...jika tidak mahu apa yang kita belajar hilang begitu saja..ingat2 lah jangan lah kita kedekut berkongsi ilmu.. kerana ilmu itu adalah pelita hidup..