Wednesday, February 16, 2011

Bila Waktu Terhenti

Sudah terlalu lama kita terlalai..Terlena dengan dodoian dunia yang sudah pasti tidak akan kekal lama..Segala yang ada didunia dikejar, direbut, berlumba-lumba kita untuk mendapatkannya..Walaupun sanggup mengkhianati persaudaraan hinggakan bumi merah dibanjiri darah-darah mereka yang tidak berdosa..Kita mengutuk-ngutuk Israel yang sentiasa dahagakan darah Palestin, namun kita tidak sedar bahawa kita juga kini semakin hari semakin menyerupai mereka..

Jangan sesekali percaya bahawa mereka yang elok paras rupa dan juga mereka yang baik budi pekertinya adalah penghuni syurga..Lihatlah apakah yang terjadi kini..Sudah berapa banyak anak luar nikah yang dilahirkan, sudah berapa banyak pula yang digugurkan..Sungguh amat memilukan..Apakah dosanya? Atas perbuatan hina lelaki dan wanita itu, dia tidak langsung diberi peluang untuk melihat dunia..Kesabaran dan harapan untuk melihat dunia hancur begitu sahaja..Belum pun sempat untuk merasai kehidupan dunia dia kini sudah berada di liang lahad..Walaubagaimanapun, jika dia hidup syukur alhamdullillah dan jika tidak juga syukur alhamdullillah..Jika dia hidup insyallah dia akan menjadi hamba yang taat kepada Allah dunia akhirat..Jika dia tiada kesempatan didunia alhamdullillah sesungguhnya dia terlepas dari kekejaman dunia dan Allah sentiasa memeliharanya dan meletakkan bala dan balasan ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu..

Anak yang soleh dan solehah adalah anak yang sentiasa menghormati dan taat kepada kedua orang tuanya..Bagi yang tidak berkesempatan mengenali dan merasai kasih dan sayang ibu bapanya, untuk menjadi anak yang soleh-solehah hanya dengan berdoa dan sedekah Al-Fatihah pun sudah mencukupi..Namun kata-kata itu kini tidak lagi bererti pada mereka yang sanggup membunuh ibu bapanya sendiri..Hanya kerana mengejar kekayaan dunia, hanya kerana perhubungan yang tidak direstui, hanya kerana kemiskinan dan kepayahan, dan hanya kerana bebelan orang tua yang mengambil berat dan kasihkan anaknya.. Jika ibu bapa itu bukanlah antara yang terbaik didunia, bukanlah antara hamba Allah yang taat, ianya bukanlah kuasa kita untuk menghukumnya..Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak ke atas segalanya..Sesungguhnya baik atau buruk kedua orang tua itu, mereka tetap ibu bapa kita..

Apakah yang telah terjadi didunia ini kini? Yang muda, yang sihat, yang kaya, yang lapang, dan yang masih hidup..Masing-masing mementingkan diri sendiri dalam mengejar dunia..Seharusnya ketika kita muda, sihat, kaya, lapang, kita hendaklah menyediakan dan memperbaiki diri kita untuk akhirat nanti selagi kita diizin Allah untuk hidup..

Bila waktu telah memanggil jika engkau memohon kepada Allah untuk melanjutkan sedikit lagi waktu untuk engkau beramal tiadalah gunanya kerana setelah waktunya terhenti tiada lagi penyesalan yang ada hanyalah berapa banyak iman dan taqwa engkau semasa didunia........

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran, QS 103.1


No comments:

Post a Comment